SEKAPUR SIRIH


Terlebih dahulu saya mengucapkan salam sejahtera dan selamat datang kepada anda semua kerana sudi mengunjungi laman web ini. Dengan penuh rasa kesyukuran saya memanjatkan doa kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka laman web ini dapat dibina.

Di dalam era ICT dan globalisasi kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan menyalurkan maklumat secara online untuk dikongsi oleh semua adalah merupakan satu perkongsian bestari dan maju selangkah ke hadapan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat melayari laman web ini dan jadikanlah yang baik itu teladan dan yang buruk itu sempadan. Dan saya akan berusaha dari masa ke semasa untuk membuat penambahbaikan laman web ini. InsyaAllah.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak yang telah membimbing serta memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menjayakan pembinaan laman web ini. Semoga kita semua berjaya dengan gemilangnya.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan dan berhasrat untuk mempromosikan perniagaan anda, ambillah peluang ini untuk memajukan lagi perniagaan anda dengan menggunakan kemudahan IT ini. Jika anda menerajui sebuah persatuan atau kelab, perkenalkanlah kepada umum. Dan sekiranya anda seorang guru sekolah dan bercadang menyalurkan maklumat tentang sekolah anda dan aktiviti yang akan dan yang sedang dijalankan, gunakanlah peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Di sini kami menyediakan perkhidmatan membina laman web untuk organisasi, perniagaan, sekolah, peribadi, keluarga, persatuan dan lain-lain lagi dengan kadar harga yang amat berpatutan.
Akhir kata selamat melayari laman web ini semoga bermanafaat kepada anda semua.

Sekian, terima kasih.

Admin
UNiC Online
Taman Dedap
85200 Jementah
Segamat
JOHOR DARUL TAKZIM.
H/P : 012-7344442
Rumah : 07-9472848
Website : http://unic-online.blogspot.com
Email : uniconline@gmail.com







;;